suria

Tak mahu digeruni ramai, anjing diwarnakan tapi pemiliknya terima ancaman bunuh

Drama sebelum dan selepas diwarnakan. Foto Caters News Agency

SEORANG wanita mendedahkan dia mewarnakan anjingnya baka Great Dane, malah kukunya dicat semata-mata untuk mengelakkan ia digeruni oleh orang yang tidak dikenali.

Selepas memiliki empat anjing Great Jane, Jessica Williams, 21, menyedari orang asing sering takut dengan anjing-anjingnya kerana saiz.

Oleh itu, Jessica mempunyai idea untuk membuatkan anjingnya yang berusia lima bulan, Drama kelihatan mudah didekati dan kurang digeruni.

Dia yang melihat rakannya pernah mewarnakan anjingnya sendiri, Jessica mengikut jejak langkah itu dengan mewarnakan Drama dengan merah jambu dan ungu.

Ibu seorang anak itu membuat pemerhatian dan mendapati anjingnya kini lebih mendapat perhatian yang positif.

Jessica yang berasal dari Fort Campbell di Kentucky, Amerika Syarikat berkata: "Orang biasanya takut dengan anjing besar, dan saya menyedari segelintir mereka mungkin tidak mendekati anjing saya.

"Dengan mewarnakannya, adalah lebih mudah untuk ia bergaul dan tidak ramai yang takut, terutama ia berwarna merah jambu dan ungu.

"Ia juga bermakna Drama boleh membuatkan seseorang tersenyum, dan mereka mendekatinya.

"Malah kukunya juga dipotong pendek, sekali gus memberi isyarat jelas bahawa ia tidak akan mencederakan," katanya. 

Menurut Jessica, kebanyakan orang menyukai wajah baharu anjingnya, namun ada yang mengkritik dan menganggap dia sebenarnya malu.

"Ramai tidak menyedari warna yang digunakan itu adalah selamat dan langsung tidak memberi kesan kepada Drama.

"Saya juga menerima aduan mengenai mewarnakan dan memotong kuku Drama, malah mendapat ancaman bunuh," katanya. - Mirror UK



Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan