suria

Kejam! Leher isteri diikat blok konkrit 50kg sebelum dihumban ke tasik

Polis menemui sebuah blok konkrit masih terikat pada leher mangsa. Foto Miami Herald

SEORANG lelaki membunuh isterinya dengan mengikat sebuah blok konkrit seberat 50 kilogram pada leher mangsa sebelum dihumban ke tasik dari sebuah jambatan.

Pada minggu ini, tertuduh, Rodolfo “Rudy” Arellano mengaku bersalah membunuh ibu kepada empat anaknya dalam keadaan yang mengerikan.

Elizabeth Arellano hilang pada malam dia keluar bersama rakan-rakanya pada 2016, sebelum mayatnya ditemui keesokan hari.

Mangsa yang merupakan pembantu perubatan berusia 28 tahun itu ketika dibawa keluar dari dalam tasik, masih terikat dengan sebuah blok konkrit yang besar terikat pada lehernya.

Rodolfo yang berasal dari Lake Worth, Texas pada awalnya menafikan pembunuhan itu, tetapi rekod polis menunjukkan suspek berada dekat rumah ibu bapa isterinya semasa kehilangan mangsa.

Pasukan penyiasat kemudian menemui ketulan konkrit yang sama dengan blok diikat pada leher Elizabeth, di belakang taman dan trak pikap suspek.

Menurut laporan Star Telegram, pasangan itu bersama selama 13 tahun, tetapi Elizabeth membuat rancangan untuk berpisah sejurus sebelum pembunuhannya.

Ia mendakwa, pihak pendakwa memohon supaya hukuman mati dikenakan terhadap tertuduh tetapi rayuan dibuat untuk penjara seumur hidup. - Mirror UK


Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan