MESEJ WhatsApp anda tidak lama lagi mungkin akan menjadi satu platform berkaitan wang yang bermanfaat. Aplikasi penghantaran mesej ini merancang untuk melancarkan ciri pembayaran yang bermaksud anda dapat memindahkan wang dengan cepat dan mudah. Satu ujian pembayaran sedang dijalankan di India, yang mana pengguna boleh menyambungkan WhatsApp ke akaun bank masing-masing untuk membuat pembayaran tanpa mendedahkan butiran bank mereka. Laman web WABetaInfo berkata petunjuk dalam versi terbaharu pembayaran perisian WhatsApp yang dicadangkan akan tiba di Amerika Syarikat, sekali gus menandakan pelancaran secara global akan berlaku tidak lama lagi. Mark Zuckerberg juga mengesahkan rancangannya dalam posting di laman Facebooknya. "Kami akan melancarkan pembayaran melalui WhatsApp di lebih banyak negara," tulisnya. Ciri ini jelas berguna bagi sesiapa sahaja yang menjalankan perniagaan, tetapi mungkin sangat berguna untuk pengedar dadah atau pekerja seks serta sesiapa saja yang suka menerima pembayaran secara tidak ketara. Minggu lalu, kecoh mengenai mesej WhatsApp lama yang mungkin menjadi 'rahsia' yang telah dipadam boleh dilihat semula. WhatsApp mempunyai ciri kemas yang membolehkan anda menghapuskan mesej lama yang dipanggil 'padam untuk semua orang'. Selain menghilangkan teks yang menyinggung pada peranti anda, ia juga membuangnya dari telefon penerima yang turut memberitahu mereka 'mesej ini telah dipadamkan'. -MetroUK