SEBUAH bangunan universiti di St Petersburg, Rusia runtuh dan menyebabkan beberapa orang terperangkap di bawah struktur tersebut. Tiga aras bangunan daripada bangunan lima tingkat itu dilaporkan runtuh pada petang Sabtu dan serpihan bangunan berselerakan di seluruh tanah. Sekitar 24 orang dikatakan terperangkap di dalam bangunan, tetapi perkhidmatan kecemasan melaporkan tiada mangsa yang terbunuh. Insiden itu berlaku di Universiti Teknologi Maklumat, Mekanik dan Optik (ITMO) ketika kelas sedang berlangsung. Kenderaan polis dan ambulans dilihat tiba di tempat kejadian untuk menghulurkan bantuan. В Петербурге обвалилась крыша университета ИТМО https://t.co/Wc0RS4csnU pic.twitter.com/UqNz7y32rc — Деловой Петербург (@dprunews) February 16, 2019 Menurut Sputnik News, lebih 60 orang telah dipindahkan selepas tingkat kelima hingga kedua bangunan itu tiba-tiba runtuh. Kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan di bangunan tersebut sebelum insiden itu terjadi. Dikhuatiri mangsa yang terperangkap terdiri daripada pelajar dan kakitangan universiti. Seorang saksi, Alice berkata, bunyi runtuhan itu seperti ribuan kerusi yang jatuh secara serentak. "Saya tidak dengar sebarang tangisan. Debu memenuhi lanyai dan jarak pandangan adalah kosong... tiada apa yang dapat dilihat. "Pasukan penyelamat tiba dengan segera." - Mirror UK