SEJENIS penyakit pelik yang digelar zombie menyerang beberapa haiwan di Amerika Syarikat (AS) dan dibimbangi boleh berjangkit kepada manusia. Dikenali sebagai Chronic Wasting Disease (CWD), ia menyerang beberapa spesies rusa di 24 negeri di AS termasuk di dua daerah di Kanada. Virus itu menyerang otak, saraf tunjang dan tisu badan sebelum menyebabkan kematian. Antara simptom serangan itu termasuklah hilang berat badan, kurang koordinasi dan menjadi terlebih agresif. Lebih teruk, ia dikhabarkan boleh menjangkiti manusia, dakwa pengarah di Pusat Penyelidikan Jangkitan Penyakit Universiti Minnesota, Michael Osterhold. "Tidak mustahil penyakit ini akan berlaku ke atas manusia, beberapa tahun akan datang. "Kemungkinan juga, ia tidak lagi akan menjadi kes terpencil. "Orang ramai perlu faham, kami juga tak mahu tunggu sehingga kes pertama berlaku," ujar Michael. Katanya lagi, penyakit itu berupaya menjangkiti manusia menerusi pengambilan daging haiwan berkenaan. Menurut anggaran, sekitar 150,000 ekor rusa dimakan oleh penduduk AS pada setiap tahun. - DailyStar.