MEGHAN MARKLE memecah tradisi diraja Britain dengan menganjurkan baby shower di New York. Majlis itu dianggarkan bernilai sekitar RM2.03 juta dan ia turut dihadiri oleh bintang terkemuka, menurut sumber dalaman istana. Bekas butler Puteri Diana, Paul Burrell, mendedahkan mengapa sambutan baby shower Duchess of Sussex itu menjadikannya kelihatan lebih seperti Kim Kardashian berbanding seorang kerabat diraja. "Saya rasa Putera William akan marah dengan sikap boros Meghan dan baby shower tersebut kelihatan sangat 'selebriti' berbanding 'diraja'. "Putera William selama bertahun-tahun bekerjasama dengan pihak media untuk memberi apa yang mereka mahukan, tetapi dia juga ingin mendapatkan privasi sebagai balasan. "Meghan melakukan apa yang tidak Putera William lakukan. Meraih perhatian orang ramai terhadap diri sendiri dan bayinya. Putera Harry dan Meghan ketika bertemu Putera Mahkota Moulay Hassan di Royal Residence di Rabat, Maghribi. - Foto AP "Sudah tentu, baby shower bukanlah tradisi British, tetapi ia tradisi orang Amerika. Walaupun Kate turut mengadakannya untuk George, majlis itu sangat tertutup. "Walaupun Putera William bergaul dengan selebriti ternama, tetapi dia tidak pernah membawa mereka pulang ke rumah. "Mereka bukanlah kawan-kawannya, tetapi hanya sekadar selalu bekerjasama," lapor News AU. Ratu Elizabeth selalu berkata: "Kita bukan selebriti, untuk menjadi kerabat diraja adalah sesuatu yang sangat berbeza." Anda tidak mungkin akan melihat sikap sebegitu datang daripada keluarga Cambridge. Mereka adalah orang Britain dan sangat menjaga kelakuan.