SEORANG lelaki misteri membantu beberapa pengakap perempuan di South Carolina, Amerika Syarikat pada minggu lalu dengan cara yang sangat dermawan. Lelaki itu pada asalnya membeli tujuh bungkus biskut dan membayar pada harga $40 (RM163). Dia kemudian memberitahu mereka untuk tidak memulangkan duit baik, kata pengguna Facebook, Kayla Dillard menerusi akaun media sosialnya. Lelaki tersebut tiba-tiba patah balik dan berkata: "Bungkus semua biskut kamu, saya mahu beli semua agar kamu boleh keluar daripada kesejukan ini!" Dillard berkata, lelaki dermawan berkenaan membayar sebanyak $ 540 (RM2,199) untuk membeli kesemua biskut pasukan pengakat tersebut. "Jiwanya sungguh luar biasa," katanya. Ia menjadikan nilai keseluruhan biskut yang dibelinya bernilai RM2,362. - WJLA Gambar hiasan. - AP Photo/Matt Slocum