suria

Sanggup cekik, bakar anak untuk kembali kepada teman lelaki 'kaki auta'

Lucero ditahan polis atas dakwaan membunuh bayi perempuannya.

SEORANG ibu ditahan kerana membunuh dan membakar bayinya berusia 14 bulan untuk kembali semula kepada teman lelaki yang kaki auta.

Insiden dipercayai berlaku di daerah Manazo di selatan Peru.

Bapa kepada bayi tersebut, Marco Antonio Ticona Chiccalla, 24, mendakwa kekasihnya itu telah membunuh anak perempuan mereka.

Menurut laporan media tempatan, polis menyoal siasat Lucero Oscava Burgos mengenai kematian bayinya.

Ibu berusia 21 tahun itu mendakwa anaknya terjatuh dari katil dan meninggal dunia.

Susulan itu dia telah menanam mayat anaknya itu di tepi Sungai Hatun Mayu.

Pendakwa Guadalupe Ramirez Mittani mengarahkan polis mengepung kawasan tersebut dan menjalankan operasi pencarian mayat bayi tersebut.

Namun mereka gagal menjumpai mayat bayi perempuan itu.

Ketika dipanggil semula untuk soal siasat, Lucero mengakui mencekik bayinya dengan selimut sebelum membakar mayat dan membuangnya di dalam tempat menyimpan biji-bijian.

Wanita itu dilaporkan berbuat demikian kerana Ticona Chiccalla mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

Pihak berkuasa menjumpai mayat bayi itu di dalam tempat menyimpian biji-bijian dalam keadaan separuh terbakar.

Mayat bayi itu dihantar untuk bedah siasat manakala ibunya direman sementara siasatan sedang dilakukan. - Mirror.co.uk

penipu, cekik, bakar, bayi

Artikel Lain