suria

China perkenal penyampai berita AI wanita pertama dunia, 'sebiji' macam manusia

Qu Meng (kiri) dan Xin Xiaomeng.

AGENSI berita China, Xinhua, memperkenalkan penyampai berita terbaharunya, Xin Xiaomeng melalui laporan berita.

Ia menjadi satu tajuk berita kerana Xiaomeng bukan manusia, tetapi model yang dihasilkan oleh komputer ultra-realistik menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih.

Xiaomeng memperkenalkan dirinya kepada penonton Xinhua melalui satu klip pendek, mengumumkan bahawa dia akan tampil buat kali pertama secara profesional sebagai penyampai berita utama pada Mac.

'Wanita' ini dibangunkan oleh agensi berita kendalian kerajaan dengan kerjasama enjin carian Sogou.

Penampilan dan suaranya diilhamkan daripada penyampai berita sebenar yang bernama Qu Meng.

Xin Xiaomeng

Dalam video pengenalannya, penyampai berita AI yang nampak sempurna ini hanya bercakap dalam bahasa Cina dan tidak jelas sama ada dia dapat membaca berita bahasa Inggeris.

Pengumuman penyampai wanita AI pertama Xinhua itu dibuat hanya tiga bulan selepas agensi tersebut memperkenalkan dua versi penyampai AI lelakinya yang setakat ini telah menyampaikan lebih dari 3,400 laporan dengan jumlah penyiaran lebih dari 10,000 minit.

Mereka juga telah dinaik taraf sejak November apabila sebelum ini hanya dapat membaca berita sambil duduk di meja dan dengan bahasa tubuh minima.

Video terbaharu Xin Xiahao, salah seorang penyampai lelaki AI untuk agensi itu menunjukkan dia berdiri dan memberitahu penonton tentang peningkatan terhadap dirinya.

"Selain bekerja di belakang meja, saya akan menyampaikan berita di hadapan meja.

"Malah saya akan membuat penyampaian sambil berdiri. Saya boleh membuat lebih banyak gerak tangan dan ekspresi muka. Sekarang saya mempunyai nama saya sendiri, Xin Xiaohao. Terima kasih kepada peningkatan ini, saya akan dapat melakukan tugas menyampai dengan lebih baik," kata model digital itu. -Oddity

Artikel Lain