DALAM kemeriahan sambutan baby shower Meghan Markle, timbul pula desas-desus mengenai abang iparnya, Putera William yang kurang senang dengan acara itu. Menurut satu sumber, William yang juga abang kepada Putera Harry berang dengan kemewahan yang dipaparkan dalam acara itu. Menurut Vanity Fair, mereka menganggarkan acara itu berlangsung dengan kos sekitar AS$200,00 (RM813,200). "Meghan melakukan perkara yang bertentangan dengan prinsip William serta mendiang ibunya, Puteri Diana. "Dia seperti mahukan perhatian untuk dirinya dan bayi yang bakal lahir nanti," ujar bekas ketua pembantu William, Paul Burrell. Menerusi rakaman di sekitar acara itu, Meghan dikhabarkan bakal menimang cahaya mata perempuan kerana pemilihan dekorasi berona merah jambu. Selain rakan-rakan dari New York, pemain tenis terkenal, Serena Williams turut hadir. Seorang pakar diraja bagaimanapun mempertahankan Meghan serta acara yang dilangsungkan itu. Menurut Katie Nicholl, tiada apa yang perlu dipersoal memandangkan majlis itu dibiayai oleh rakan-rakan Meghan.- Business Times.