suria

Serangan udara Syria: Foto bapa cium kaki jenazah anak tarik perhatian ramai

SERANGAN udara terbaharu di Syria menyebabkan kematian lima orang awam termasuk tiga kanak-kanak.

Foto-foto serangan itu pantas menarik perhatian di peringkat global kerana ia turut melibatkan kanak-kanak yang tidak bersalah.

Antaranya, seorang kanak-kanak perempuan yang berlumuran darah kelihatan duduk di atas mayat kakaknya dalam satu runtuhan bangunan.

Lebih sayu, sebahagian badan kakaknya tertimbus akibat runtuhan itu.

Sementara itu, foto seorang bapa mencium kaki jenazah anaknya turut menyentuh hari ramai pihak.

Jenazah kanak-kanak itu diusung oleh seorang petugas keselamatan yang berjalan seiring dengan bapanya.

Menurut penganalisis data kanan di Hala System, 13 serangan udara telah dilancarkan di kawasan itu.

"Ini adalah hari ketiga berturut-turut serangan mengikut pemerhatian kami.

"Serangan juga agak kerap berbanding beberapa bulan sebelum ini," ujarnya. - Daily Mail.

Syria, Serangan Udara

Artikel Lain