suria

Ular sawa travel 15,000km dalam kasut, pelancong dapat cenderahati 'rare' dari Australia

PERCUTIAN Moira Boxall ke Australia berakhir dengan insiden yang tidak disangka-sangka apabila dikejutkan dengan 'cenderahati' dalam bagasinya.

Warga Scotland itu pastinya tidak akan melupakan percutiannya kali ini.

Mana tidaknya, ketika mengemas bagasinya sebaik tiba di kampung halamannya, tiba-tiba Boxall menemui ular sawa melengkar dalam kasutnya.

Memang suatu yang mengejutkan, lebih-lebih lagi reptilia itu melalui perjalanan sejauh 15,000 kilometer dari Mackay ke Glasgow.

Sebaik mengetahui kehadiran ular sawa itu, Boxall meletakkan kasutnya di halaman rumah sebelum menghubungi menantunya, Paul Airlie.

Menantu lelaki Boxall kemudiannya mendapatkan bantuan Persatuan Perlindungan Haiwan Scottish (SPCA).

Ketika ditemubual stesen penyiaran ABC, Airlie memberitahu ibu mertuanya pada mulanya terfikir mungkin ia kejutan buat dirinya yang baru pulang bercuti.

Ular sawa itu kemudiannya telah dibawa persatuan berkenaan dan kini ditempatkan di sebuah pusat di Edinburgh.-IndiaToday


ular sawa, Boxall, Australia

Artikel Lain