suria

Pramugara cuai, bayi patah hidung jatuh tangga pesawat

SUDAH menjadi tanggungjawab setiap petugas penerbangan untuk membantu penumpang dalam sesebuah pesawat.

Terbaharu, hasrat murni seorang pramugara untuk membantu penumpang menjadi mimpi ngeri buat dirinya.

Menerusi satu kejadian di Rusia, bayi yang sedang didukung oleh petugas lelaki itu terjatuh di atas tangga pesawat sehingga mengalami kecederaan.

Dia pada mulanya cuba membantu kerana kasihan melihat si ibu berada dalam kesukaran untuk mengangkat beg dan memegang bayi.

Akibat kecuaian, bayi itu terjatuh sebelum disahkan mengalami patah hidung.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan tersebut turut membuat permohonan maaf berhubung insiden itu.

"Kami memohon maaf atas apa yang berlaku. Satu siasatan sedang dijalankan dan kami akan mengumumkannya tidak lama lagi.

"Syarikat kami bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku," ujar wakil syarikat penerbangan Pobeda.

Sewaktu kejadian, bayi itu berada dalam buai mudah alih dan sedang diangkat oleh petugas berkenaan sebelum terjatuh sewaktu mereka sedang menuruni tangga pesawat. - Mirror.

Patah Hidung, Bayi, Pramugara

Artikel Lain