SEORANG ibu anak tiga membelanjakan sekitar 19,000 pound sterling untuk melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya agar kelihatan seperti Meghan Markle. Xochytl Greer, 36, dari Houston, Texas, menjalani pelbagai prosedur untuk menyerupai Meghan termasuk suntikan di bibir dan juga pembedahan hidung. Dia turut melakukan sedut lemak di bahagian perut, paha dan punggung serta suntikan filler di bawah mata dan tulang rahang serta botox. Selepas menjalani semua prosedur itu, wanita tersebut berkata dia merasakan dirinya seperti seorang puteri. "Ketika saya lihat di cermin, saya gembira semula. Saya masih lihat diri saya, tetapi diri saya yang lebih sempurna," katanya. Xochytl obses terhadap kecantikan selepas melahirkan anak perempuannya, Isla dua tahun lalu. Xochytl kelihatan lebih yakin selepas menjalani pembedahan plastik. Pada ketika itu dia mula meminati Duchess of Sussex dan tekad untuk kelihatan seperti isteri Putera Harry itu. "Saya amat meminatinya, saya sentiasa fikir dia ada kelas tersendiri. Saya fikir dia amat cantik. "Mengetahui perkara yang dia alami, dia tidak membesar dengan kehidupan yang sempurna dan kesusahan yang dilaluinya membuatkan dia patut dicontohi ramai. Dan wanita itu memberitahu anaknya menjangkakan Markle adalah ibunya setiap kali melihat gambar kerabat diraja itu. "Sekarang Isla akan jerit 'mummy, mummy' setiap kali melihat gambar Meghan. "Saya berada pada satu tahap di mana saya lebih yakin dan boleh meletakkan diri saya sekali lagi di luar sana," katanya. - Mirror.co.uk