suria

India, Pakistan dakwa tembak jatuh jet antara satu sama lain, konflik Kashmir semakin tegang

Penduduk Kashmir dan tentera India berkumpula dekat lokasi bangkai sebuah pesawat India selepas ia terhamps di Budgam, kawasan pedalaman Srinagar di India. Foto AP

INDIA dan Pakistan memberitahu, kedua-duanya menembak jatuh jet pejuang milik antara satu sama lain pada Rabu.

Pakistan menahan seorang juruterbang India seharis selepas pesawat perang melanda India buat pertama kali sejak perang 1971, menyebabkan kuasa dunia mendesak agar ketegangan dihentikan.

Kedua-dua negara telah memerintahkan serangan udara dalam tempoh dua hari lalu, pertama kali dalam sejarah bahawa dua kuasa bersenjata nuklear telah melakukannya, sementara pasukan tentera di darat melancarkan serangan bersenjata di kebanyakan lokasi.

Ketegangan semakin memuncak sejak pengeboman berani mati membabitkan sebuah kereta oleh militan yang berpangkalan di Pakistan di Kashmir yang dikuasai oleh India pada 14 Februari lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 40 polis separa tentera.

Bagaimanapun, konflik antara dua negara itu semakin tegang pada Selasa apabila India melancarkan serangan udara terhadap lokasi dikatakan pangkalan latihan militan.

Seorang sumber kanan kerajaan India mengatakan bahawa 300 militan terbunuh dalam serangan Selasa lalu. Pakistan bagaimanapun mengatakan tiada yang terkorban.

Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan menggesa rundingan dengan India dan berharap 'pertimbangan yang lebih baik' akan diguna pakai agar ketegangan kedua-dua pihak dapat diatasi.

"Sejarah memberitahu kita bahawa perang merupakan perhitungan yang salah. Persoalan saya adalah, dengan senjata yang kita miliki, kita boleh membuat perhitungan yang salah," kata Khan semasa siaran televisyen negara itu. 

"Kita perlu duduk dan berbincang," tambahnya.

Sementara itu, akaun rasmi Twitter kerajaan Pakistan mengeluarkan video mengenai ia mendakwa seorang juruterbang India yang ditembak jatuh.

Lelaki tersebut di mana Pakistan menamakannya Komander Abhi Nandan, dengan wajahnya berdarah dan ditutup matanya, memberikan nama dan nombor perkhidmatannya, sebelum memberitahu seorang lelaki yang bertanya kepadanya: "Saya minta maaf tuan, itulah yang saya katakan kepada anda."

Kementerian luar India dalam satu kenyataan berkata, perilaku terhadap juruterbang itu 'mempamerkan tindakan biadab terhadap seorang anggota tentera Tentera Udara India yang cedera, sehingga melanggar semua norma undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Geneva'. - Reuters

India, Pakistan, Kashmir

Artikel Lain