suria

Selepas lima bulan, bayi paling kecil di dunia cecah lebih 3kg

BAYI paling kecil di dunia seberat 268 gram yang dilahirkan di Tokyo dibenarkan pulang selepas mendapat rawatan selama lima bulan.

Terkini, berat bayi lelaki itu mencecah 3.24 kilogram ketika dibenarkan keluar Hospital Universiti Keio.

"Ketika lahir saya memang tidak pasti dia dapat bertahan hingga sekarang, saya gembira kerana dia membesar seperti ini," kata ibunya.

Dr Takeshi Arimitsu yang merawat bayi berkenaan berkata, harapan tetap ada walaupun dia dilahirkan dengan keadaan fizikal yang kecil.

Bayi yang tidak membesar dalam kandungan pada usianya 24 minggu menyebabkan proses bersalin terpaksa dilakukan.

Hanya sebesar tapak tangan, bayi itu kini mencatat rekod dunia sebagai bayi lelaki paling kecil.

Sebelum ini bayi yang dilahirkan di Jerman pada 2009 dengan beratnya 274 gram diiktiraf untuk kategori berkenaan.

Sementara bayi perempuan paling kecil juga dilahirkan di Jerman pada 2015 seberat 252 gram.-JakartaPost

Hospital Universiti Keio, Tokyo, bayi

Artikel Lain