suria

Pakistan tembak dua jet tentera, India tuntut bebaskan tawanan juruterbangnya

Seorang askar India dan beberapa yang lain memeriksa bangkai helikopter negaranya selepas ia terhempas di pinggiran Srinagar, Kashmir yang dikawal oleh India. - AP

INDIA menuntut pembebasan juruterbang pejuang yang ditembak jatuh oleh kapal perang Pakistan dalam kemelut peperangan antara kedua-dua kuasa nuklear itu ke atas Kashmir.

Sebuah video menunjukkan mata juruterbang tersebut ditutup dan wajahnya yang berlumuran darah telah dikongsi oleh Kementerian Maklumat Pakistan.

India menggambarkan imej itu sebagai paparan biadap terhadap anggota yang cedera.

Serangan udara baru-baru ini telah merentasi Line of Control (LoC) yang membahagi wilayah India dan Pakistan di Kashmir.

Ia adalah yang serangan pertama berlaku sejak perang pada tahun 1971.

Dalam insiden itu, Pakistan mendakwa telah menembak jatuh dua jet tentera.

Kejadian tersebut telah meningkatkan ketegangan antara kedua-dua negara yang masing-masing mahu menuntut keseluruhan kawasan Kashmir, tetapi hanya dapat mengawal sebahagian daripadanya.

Peperangan itu tercetus sehari selepas India menyerang sebuah kem militan di Pakistan sebagai tindak balas terhadap serangan bom berani mati yang membunuh sekurang-kurangnya 40 anggota India di Kashmir.

Sebuah kumpulan yang berpangkalan di Pakistan berkata mereka yang melakukan serangan tersebut.

Insiden tersebut adalah yang paling dahsyat berlaku dalam tempoh tiga dekad pemberontakan terhadap pemerintahan India di Kashmir.

Pada Rabu, Amerika Syarikat menggesa India dan Pakistan untuk mengelak tindakan ketenteraan selanjutnya dan harus memberi tumpuan untuk mengendurkan ketegangan antara kedua-dua negara. - BBC

India, Pakistan, Kashmir

Artikel Lain