suria

Guru hempas kepala budak perempuan, tapi bagi alasan luka sebab terjatuh

Gambar yang menunjukkan kecederaan di kepala kanak-kanak berusia tiga tahun itu. - Fox2

RAKAMAN kamera mendedahkan perbuatan kejam seorang guru tadika menghempas kasar anak muridnya ke arah kabinet sehingga menyebabkan tujuh jahitan di dahi kepala.

Insiden itu dirakam melalui sebuah kamera di pusat asuhan kanak-kanak di St Louis County, Missouri di Amerika Syarikat.

Guru tersebut menggapai lengan mangsa secara kasar dan menolaknya ke arah kabinet sehingga terjatuh.

Pada mulanya, guru tadika itu menggunakan alasan anak murid perempuannya 'jatuh' tetapi tindakan itu menimbulkan syak.

Peguam yang mewakili keluarga mangsa, Jennifer Hansen memberitahu Fox2: "Keluarga ini tidak tahu bahawa kejadian anak mereka jatuh itu adalah satu serangan sehinggalah mereka menonton video tersebut."

Tambahnya, Pengarah Brighter Day Care, Sharon Williams tidak melihat video itu sehingga ahli keluarga mangsa berkeras untuk mengetahui kejadian yang menimpa anak mereka.

Williams enggan memberi sebarang komen kerana siasatan kes tersebut masih dijalankan.

"Pusat asuhan tersebut sepatutnya menyiasat rakaman CCTV pada sepanjang masa", kata Hansen.

Bagaimanapun, guru terbabit telah dipecat selepas insiden tersebut berlaku. - Mirror UK

dera

Artikel Lain