suria

Lama menyepi, Momo Challenge kembali mengganas pada 2019, ragut nyawa budak 12 tahun

MASIHKAH anda ingat mengenai permainan atas talian Momo Challenge yang pernah gempar suatu ketika dahulu?

Ia menjadi perhatian setelah pihak berkuasa beberapa negara mengeluarkan amaran kerana ia menggalakkan kanak-kanak membunuh diri.

Malah, wujud beberapa kes kematian yang dikaitkan dengan permainan itu.

Setelah sekian lama sepi, kes terbaharu melibatkan Momo pada tahun 2019 dilaporkan berlaku di Argentina.

Menurut laporan, seorang kanak-kanak berusia lapan tahun menerima arahan daripada Momo supaya mencederakan dirinya dengan pisau.

"Anak saya tunjuk watak Momo dalam telefon, Momo suruh anak saya ke dapur ambil pisau dan tikam lehernya," ujar ibu kapada kanak-kanak itu.

Selain itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan meninggal akibat permainan itu.

Menurut bapanya, kanak-kanak itu menggantung dirinya setelah bermain permainan Momo Challenge.

Pada tahun lalu, kematian seorang remaja 18 tahun turut dikaitkan dengan permainan berkenaan.

Ia boleh diakses menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook. - Daily Mail.

Momo Challenge

Artikel Lain