suria

Jijik! Tukang cuci ambil masa lima jam bersihkan rumah dipenuhi 400 beg najis, 250 botol air kencing

Keadaan tandas di kediaman tersebut amat menjijikkan.

SEBUAH syarikat pembersihan mendedahkan beberapa keping gambar yang diambil dari sebuah rumah yang dipenuhi dengan 400 beg najis manusia dan lebih 250 botol air kencing.

Pasangan suami isteri, Leanne dan Kenny Elliott menawarkan perkhidmatan pembersihan setiap hari.

Namun mereka terkejut apabila terjumpa rumah paling kotor pernah dikendalikan mereka selama ini.

Mereka mengambil masa selama lima jam untuk membersihkan rumah flat kecil yang dipenuhi empat tan sampah.

Ratusan botol berisi kencing turut ditemui di kediaman tersebut.

Beberapa gambar yang meloyakan menunjukkan tandas di kediaman tersebut sudah berlumut manakala tilam dipenuhi kotoran cecair.

Menurut pasangan itu, mereka turut menjumpai lebih 30,000 jarum yang sudah digunakan.

Leanne, 48, yang juga bekas guru dari Callington, Cornwall berkata:"Kami terpaksa mengosongkan sebuah flat yang dipenuhi dengan sampah dan juga kotoran."

"Terdapat kira-kira 270 botol air kencing dan 400 beg najis," katanya.

Leanne berkata dia dan suaminya sering bergurau semasa berhadap situasi sukar itu.

Rumah tersebut turut dipenuhi timbunan sampah.

"Anda guna topeng, sut putih, sarung tangan dan pastikan botol air anda unik jadi ia tidak bercampur dengan botol sedia ada di rumah tersebut," katanya dalam nada berseloroh. - Metro.co.uk

najis, air kencing, tukang cuci

Artikel Lain