KEADAAN pagar ladang terbuka, manakala wayar elektrik yang dipasang rosak menyebabkan pemiliknya menganggap Belle telah dicuri. Namun lima hari kemudian, Belle yang juga kambing pigmi itu ditemui kira-kira 48 kilometer dari ladang berkenaan. Tambah menarik perhatian ramai apabila ia dikesan semasa menunggu komuter menuju ke Manchester. Setakat ini, tidak diketahui bagaimana ia boleh melalui perjalanan yang jauh itu. Menurut pemiliknya, Julie Swindell, 49, berkata Belle hilang dari ladang di Greenfield, Saddleworth pada Isnin lalu. "Saya sememangnya mengesyaki ia dicuri kerana mana mungkin ia dapat melalui perjalanan yang jauh itu," katanya. Penyelamat haiwan, Louise Fields ketika dimaklumkan mengenai Belle telah bergegas ke stesen tram yang berhenti di Sale, Manchester. "Memang kelakar apabila penumpang komuter lain tidak menghiraukan kehadiran Belle, sebaliknya sibuk dengan telefon masing-masing," katanya. Fields telah membawa kambing itu keluar dari komuter, sebelum menyerahkan Belle kepada pemiliknya. "Pada mulanya, pemiliknya menganggap Belle telah menjadi hidangan selepas mengesyaki ia dicuri," katanya. Kini, Belle telah kembali ke ladang untuk bersama abangnya, Jingle.-metro.co.uk