suria

‘Egg Boy’ mahu dermakan dana yang dikumpul untuknya kepada mangsa serangan masjid NZ

Insiden Conolly memecahkan telur ke kepala Anning.

"EGG BOY" akan memberikan sebahagian besar wang yang dikumpul untuknya kepada mangsa korban serangan masjid di Christchurch.

Will Connolly, 17, yang merujuk dirinya sebagai "Egg Boy" bertindak memecahkan telur mentah ke atas kepala ahli politik Australia, Fraser Anning.

Kejadian itu berlaku selepas Anning membuat kenyataan yang menyalahkan mangsa selepas insiden tembakan rambang dilancarkan di dua masjid di bandar tersebut.

Pada insiden pecah telur tersebut, Anning menumbuk Connolly dan beberapa orang lain menahannya sebelum Egg Boy itu ditangkap.

Kejadian tersebut mendorong orang awam mewujudkan halaman GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membayar yuran guaman (dan lebih banyak telur), yang setakat ini telah meningkat hampir $42,000 (RM117,730).

Bagaimanapun, individu yang membuat halaman itu berkata bahawa Connolly telah menghubunginya dan berkata bahawa dia komited untuk menyerahkan sebahagian besar wang tersebut kepada mangsa serangan pengganas di Christchurch.

Selepas Connolly dibebaskan tanpa dikenakan sebarang tuduhan, dia bercakap mengenai kejadian tersebut di Twitter.

"Jangan pecahkan telur ke atas ahli politik.

"Anda akan diserang oleh 30 bogan (orang tidak berpelajaran) secara serentak.

"Saya tahu mengenainya dengan cara yang sukar," katanya dalam satu video.

Remaja itu juga mendedahkan di Twitter bahawa: "Ini adalah saatnya saya berasa bangga menjadi seorang manusia.

"Biar saya beritahu semua orang, umat Islam bukan pengganas dan keganasan tidak mempunyai agama.

"Otak mereka yang menganggap umat Islam sebagai sebuah komuniti pengganas adalah kosong, sama seperti Anning."

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern buat pertama kalinya menyertai orang awam pada Ahad untuk mengutuk kenyataan Anning. - NZ Herald

Egg Boy, Will Connolly

Artikel Lain