suria

Budak 8 tahun trauma terlihat video tak senonoh di iPad sekolah

Ibu kepada kanak-kanak perempuan berumur lapan tahun mendedahkan anaknya seperti berdepan mimpi ngeri selepas melihat kandungan tidak sesuai di iPad sekolahnya. -foto Twitter Lesile Brinkley

SEORANG budak perempuan berusia lapan tahun trauma selepas dia secara tidak sengaja terlihat video tidak senonoh melalui iPad sekolahnya.

Budak perempuan itu adalah murid di Prestwood Elementary School di Sonoma, California dan mengakses video untuk orang dewasa tersebut di YouTube pada minggu lepas selepas membuat carian dengan kata kunci ‘kissing’ (mencium).

Menurut ibunya, video itu umpama mimpi ngeri buat anak perempuannya yang masih belum dapat bercakap tentang apa yang dilihatnya di iPad.

“Saya menjelaskan bahawa apa yang dilihatnya tidak benar, sama seperti makhluk fantasi dalam filem. Saya jelaskan bagaimana manusia tidak memperlakukan satu sama lain seperti itu dan lelaki tidak akan menyakiti wanita dalam hubungan yang penuh kasih sayang,” kata wanita itu kepada ABC News.

“Itu bukan apa yang dimaksudkan menjadi orang dewasa. Kami masih berusaha untuk melalui situasi ini. Saya tahu apa yang dia lihat, tetapi dia tak boleh bercakap mengenainya. Dia hanya diam dan banyak menangis,” tambahnya.

Insiden ini menyebabkan tindakan segera diambil terhadap sekolah tersebut dengan merampas semua iPad yang tersedia kepada pelajar di lima sekolah rendah dalam usaha untuk menyekat kandungan yang tidak sesuai.

Setakat ini, peranti dari dua buah sekolah telah ‘bersih’ daripada akses YouTube, Safari, dan Twitter.

Perisian baharu telah dimuat naik untuk membantu guru memantau kandungan.

“Apa yang kami fikir berlaku adalah, di YouTube, anda taip satu kata kunci, ‘cium’ adalah perkataannya, dan kemudian ia memberikan video dan selepas itu memberikan video lain,” kata pegawai penguatkuasa Bruce Abbott.

Ibu budak perempuan itu juga telah menuntut satu latihan IT untuk semua kakitangan sekolah yang bertanggungjawab untuk memantau penggunaan teknologi pelajar.

“Saya memastikan anak perempuan saya tak berada dalam keadaan sukar dan saya lebih menyayanginya berbanding perkara lain,” katanya. -MetroUK

iPad, Youtube, lucah, video, trauma

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan