suria

Sos cili ‘berbisa’... pedas umpama gigitan labah-labah

Sos cili yang memberikan cabaran kepedasan berbeza buat anda. Foto Steve Trim /SWNS.COM

JIKA anda seorang yang boleh menahan kepedasan, satu sos cili baharu memberi cabaran berbeza buat citarasa itu.

Produk tersebut dinamakan Scientific Steve's Venom Chilli Sauce (Sos Cili Berbisa Saintifik Steve).

Ia merupakan sos pedas yang dibangunkan bagi meniru gigitan labah-labah berbisa.

Ini terutama taring labah-labah tarantula Trinidad Chevron yang akan membuatkan mangsa merasai 'kekejangan otot dan kesakitan terbakar'.

Pencipta di sebalik sos baharu ini adalah firma penyelidikan, Venomtech yang berpangkalan di Kent, England.

Rasai kepedasan umpama digigit labah-labah berbisa. Foto Getty Images/Mirror UK

Jangan bimbang, berdasarkan pemeriksaan Agensi Piawaian Makanan, tiada bahan labah-labah tarantula yang sebenar bagi menghasilkan sos tersebut.

Sebaliknya, mereka menggunakan 'bisa sintetik'.

Pengasas dan pengarah urusannya, Steven Trim, 41, berkata: "Kita dapat melakukannya dengan terbaik, tanpa rasa bisa yang sebenar.

"Rasanya seperti komponen haba yang akibat daripada bisa.

"Saya ketawa ketika itu dan memberitahu ia lucu untuk melakukannya. Tiada siapa yang bodoh mahu mencuba bisa.

"Kita akhirnya menghasilkan idea untuk melakukan sos berinspirasikan sintetik," tambahnya. - Mirror UK

sos cili, labah-labah, tarantula

Artikel Lain