suria

Depresi akibat putus cinta, jejaka sado jadi lemah hingga tak mampu angkat plastik sampah

Dia mula mengalami tekanan sejak tahun 2012.

ANGKAT plastik sampah pun tak mampu.

Begitulah gambaran nasib seorang ahli bina badan yang dilanda kemurungan sehingga meninggal dunia.

Saman-Jon Sahmsaee dikatakan mengalami kemurungan selama bertahun-tahun setelah putus cinta pada 2012.

Lebih teruk, lutunya patah sehingga dia tidak boleh melakukan aktiviti kecergasan dan terpaksa bergantung kepada tongkat.

Menurut ibunya, Debbie Heshmatpasand, Saman disifatkan sebagai rakan baik dalam hidupnya.

Saman ditemui mata di atas sofa di kediaman ibunya yang terletak di Arram, Beverley, Yorkshire, England pada 28 September tahun lalu.

Mengimbas hidup anaknya, Debbie berkata Saman membesar sebagai seorang individu yang obses dengan kecergasan sebelum mengambil steroid untuk membantu fizikalnya sebagai ahli bina badan.

Selain bekerja di gim, dia juga menyambung pelajaran untuk menjadi penasihat perbankan.

"Dia sudah tak boleh pergi gim, maka masalah mental dia semakin teruk.

"Dia juga mengambil dadah dengan preskripsi doktor untuk melawan kesakitan.

"Kerana tekanan, dia mula minum dan ketagih dengan ubat tahan sakit dan mula menggunakan tramadol," ujar ibunya. - Mirror.

Ahli Bina Badan, Depresi

Artikel Lain