suria

Graduan sains percaya bumi rata, Kutub Selatan bukan di bawah tapi di keliling

Safvan belajar di London. Foto Safvan Senor

SEORANG ahli teori dari London, United Kingdom menggariskan pandangannya yang jauh bahawa bumi itu sebenarnya adalah rata.

Safvan yang merupakan kelahiran India berusia 23 tahun itu merupakan graduan sains memberikan beberapa pandangan yang agak aneh mengenai bumi.

Dia merupakan sebahagian daripada komuniti dalam talian yang semakin ramai menolak kebijaksanaan konvensional bahawa bumi adalah bulat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dicabar bersumpah bumi rata, jawab Dr Sheikh Muszaphar "Bukan seperti bola, tapi sebiji telur"

ARTIKEL BERKAITAN: Selain teori bumi mendatar, ada yang dakwa bumi berbentuk seperti donat gergasi

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin doktor maksudkan telur penyu” - Suhaimi Saad bidas angkasawan negara

ARTTIKEL BERKAITAN: Sifat bumi bulat, hujah berdasarkan firman Allah SWT - Mufti WP

Pelajar ijazah sarjana itu berkata, dia mula menyedari bahawa dunia itu rata semasa usianya 18 tahun dan mempelajari sifat-sifat air.

"Air tidak dapat mencengkam bola seperti itu," katanya kepada MyLondon

"Walaupun dengan graviti itu mustahil.

"Saya telah membuat penyelidikan untuk masa yang lama," katanya.

Golongan pemikir bahawa bumi itu adalah rata kini semasa ramai.

Safvan menjelaskan bahawa sekiranya saiz bumi adalah seperti yang diperkatakan oleh ahli sains, maka pasti terdapat lengkungan dalam di dunia secara perbatuan.

Dengan jumlah lengkungan itu, tidak mustahil untuk melihat langit Chicago di Amerika Syarikat dari seberang Tasik Michigan.

"Itu merupakan contoh yang sangat terkenal mengenai konspirasi bahawa bumi adalah mendatar," jelasnya.

Safvan percaya bahawa Antartika (Kutub Selatan) tidak berada di bahagian bawah dunia dan sebenarnya berada di sekeliling bumi.

Ini bermakna di pinggir dunia, air laut dipenuhi oleh dinding ais gergasi.

"Kenapa awak fikir hanya para penyelidik boleh pergi ke sana?," soalnya. - Mirror UK

bumi

Artikel Lain