SEORANG ibu dan anak perempuannya terkejut apabila didiagnosis penyakit kanser payudara. Lebih mengejutkan apabila kedua-duanya didiagnosis dalam tempoh empat minggu antara satu sama lain. Beverley Griffiths, 49, didiagnosis penyakit itu setelah sebelah payudaranya mempunyai saiz lebih besar. Pada masa sama, ibunya, Mary Martin, 72, mengesan satu benjolan, tetapi tidak memberitahu sesiapa mengenai perkara itu. Apabila Mary yang tinggal di Wantage, Oxfordshire di England bertemu dengan doktor selepas mengesan benjolan itu mendiamkan diri, kerana tidak mahu merosakkan sambutan hari ulang tahun ke-50 anaknya, Beverley dan menantu, Paul. Mary berkata: "Saya tidak mahu kata apa-apa tapi bila saya bercakap kepada suami Beverley mengenai diagnosis saya, dia kemudian beritahu saya supaya bercakap kepada Beverley kerana isterinya juga mempunyai simptom kanser payudara. Beberapa hari kemudian, Mary memberitahu anak perempuannya mengenai dirinya didiagnosis kanser payudara. Beverley berkata: "Saya sangat sedih mendengar mak ada kanser payudara dan saya tidak percaya pada masa sama, saya tahu turut mengalaminya. "Tapi ia memberi makna apabila kami sama-sama menyokong antara satu sama lain, malah lebih baik berbanding orang lain," tambahnya. Mary melakukan rawatan mastektomi pada bulan April tahun lalu, dengan membuang payudara kanannya dan tidak memerlukan rawatan lanjut. Beverley bagaimanapun memerlukan kemoterapi terlebih dahulu, diikuti dengan mastektomi enam bulan selepas ibunya melakukan pembedahan. Kedua-dua memberitahu, pengalaman itu menjadikan hubungan mereka lebih rapat berbanding sebelum ini.- Mirror UK