NETIZEN di China menggalakkan seorang lelaki berusia 77 tahun supaya membuat permohonan untuk diiktiraf dalam Guinnes Rcord selepas gambarnya dengan rambut panjang berukuran 5.5 meter tular di media sosial. Lelaki itu sentiasa dengan gaya 'dreadlock' meletakkan rambutnya yang panjang itu melingkari di atas kepala seperti turban. Dia mendakwa tidak pernah memotong rambutnya selama lebih 54 tahun. Lelaki ini mendakwa dia tidak memotong rambut selama 54 tahun. Gambarnya tular di media sosial selepas menantu perempuannya menemaninya untuk mencuci rambut di sebuah salon di Leshan di wilayah Sichuan, China. Dia kemudian merakamkan video menunjukkan kakitangan itu menanggalkan lingkaran rambut 'dreadlock' bapa mentuanya, sebelum dibasuh dan dikeringkan. Dilaporkan, proses mencuci dan mengering rambut itu melibatkan sehingga tiga orang dan mengambil masa kira-kira tiga jam. - odditycentral