suria

Seorang wanita lahir bayi kembar, tapi selepas diperiksa bapa mereka lain-lain

Seorang lelaki mempersoalkan sama ada dirinya adalah bapa kandung kepada kepada bayi kembar yang baru dilahirkan isterinya. -Gambar fail REUTERS/Athit Perawongmetha

SEORANG wanita yang melahirkan pasangan kembar baru-baru ini mendapati kedua-dua anaknya itu mempunyai dua bapa yang berbeza, lapor Vice.

Fenomena ini pernah berlaku sebelum ini dan dipanggil 'heteropaternal superfecundation'.

Keadaan ini berlaku apabila dua sperma, masing-masing dari lelaki yang berbeza, bersenyawa dengan dua telur dari wanita yang sama.

Dalam kejadian di China itu, pasangan suami isteri berkenaan melihat sesuatu yang pelik tidak lama selepas bayi kembar itu lahir apabila kedua-dua bayi mereka nampak berbeza, yang mana hanya seorang sahaja menyerupai si suami.

Susulan ujian DNA, barulah pasangan itu mendapat tahu bahawa bayi itu sebenarnya mempunyai dua bapa yang berlainan.

Ibunya kemudian mendedahkan bahawa dia pernah tidur dengan lelaki lain, lapor Vice.

Walaupun kes-kes seperti ini nampak pelik, ia sebenarnya memang berlaku.

Biasanya, kes-kes ini hanya diketahui atas sebab undang-undang apabila seorang lelaki mempersoalkan sama ada dirinya adalah bapa biologi kepada bayi yang dilahirkan pasangannya.

Menurut satu kajian tahun 1992, dianggarkan sebanyak 2.4 peratus tuntutan paterniti adalah kes heteropaternal superfecundation.

Bagaimanapun jumlah ini hanya melihat kes-kes di mana peguam atau mahkamah dicari untuk penyelesaian.

Keadaan ini berlaku dalam masa seminggu, menurut doktor, kerana sperma ejakulasi hanya dapat bertahan selama kira-kira lima hari.

Satu lagi kes dilaporkan berlaku pada tahun 2015, apabila seorang wanita New Jersey mengetahui bahawa lelaki yang dia cuba untuk mendapatkan sokongan anak hanyalah bapa kepada salah seorang daripada anak kembarnya. -Business Insider

kembar, sperma

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan