suria

Lidah terhakis akibat minuman bertenaga

LIDAH seorang guru terhakis dan mengelupas gara-gara gemar minum minuman bertenaga.

Dan Royals minum sekurang-kurangnya enam botol minuman bertenaga setiap hari.

Selepas kesakitan yang dialaminya, Royals kini memberi amaran kepada orang ramai mengenai keburukan minuman tersebut yang mengandungi kira-kira 13 sudu gula.

Royals turut mendedahkan doktor memberitahunya bahawa gula berlebihan dan pelbagai bahan kimia dalam minuman bertenaga itu menjadi punca kesakitan pada lidahnya.

"Siapa minum minuman isotonik? Ketagih dengan minuman itu? Anda mungkin mahu berfikir semula.

Keadaan lidah Royals selepas gemar minum minuman bertenaga.

"Lihat pada gambar kedua.... Itulah apa yang minuman itu lakukan pada lidah anda, bayangkan bagaimana ia memberi kesan kepada dalaman anda?

"Jadi berhati-hati semua," tulisnya di Facebook.

Royals juga merokok tetapi dia percaya punca utama kesakitan pada lidahnya adalah disebabkan pengambilan minuman bertenaga itu.

Penyelidik Persatuan Kesihatan Dunia berkata:"Kajian di Amerika Syarikat (AS) menunjukkan masalah gigi berlubang disebabkan kandungan asid pH dan gula yang tinggi dalam minuman bertenaga. - Metro.co.uk

lidah, terhakis, minuman bertenaga

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan