suria

Paksa 6 kanak-kanak pakai lampin sewaktu dicabul, lelaki Popeye akhirnya dipenjara

Kendrick sering bergaya sebagai Popeye sewaktu perlawanan baling damak.

SEORANG lelaki yang dikenali sebagai Popeye akhirnya dipenjara setelah melempiaskan nafsu serakahnya ke atas enam kanak-kanak sepanjang dua dekad lalu.

Gerard Kendrick, 32, didakwa memaksa mangsanya supaya memakai lampin sewaktu dia melakukan perbuatan terkutuk ke atas mereka.

Salah seorang mangsa yang tampil di Mahkamah Liverpool berkata, dia hampir membunuh diri gara-gara tekanan setelah menjadi mangsa lelaki durjana itu.

Kendrick mula dikenali sebagai Popeye kerana dia sering menggayakan kostum mirip watak kartun popular itu sewaktu perlawanan baling damak berhampiran kawasan tempat tinggalnya.

Namun, tiada seorang pun ahli pasukan Kendrick tahu mengenai sifat jijiknya yang bernafsu terhadap kanak-kanak.

Perlakuan Kendrick terbongkar sewaktu dia menghantar foto aksinya sedang merogol budak lelaki kepada seorang rakan.

Susulan itu, polis menyerbu kediaman Kendricik sebelum menemui 3,416 foto tidak senonoh melibatkan lima mangsa.

Seorang lagi mangsa menyifatkan hidupnya hancur setelah menjadi mangsa Kendrick.

"Dia hancurkan hidup saya. Saya mula menghisap ganja sewaktu 12 tahun untuk membantu hadapi perkara itu," ujarnya. - Mirror.

gerard kendrick, popeye, pedofilia

Artikel Lain