MEDIA sosial Rusia, VKontakte dan platform langganan video dalam talian, Amediateka baru-baru ini melancarkan eksperimen yang unik di mana orang yang tidak pernah menonton Game of Thrones menghabiskan masa seminggu menonton siri itu selama 10 jam sehari dalam kiub kaca. Projek itu yang dipanggil 'One More and I Sleep. Seriality' direka untuk mempromosikan Game of Thrones musim ke-8, yang dilancarkan di Rusia pada 15 April ini. VK dan Amediateka berjaya menemui seorang anak muda yang tidak pernah menonton siri HBO yang popular itu dan meyakinkannya untuk menyaksikan semua tujuh musim terdahulu selama 10 jam sehari di dalam kiub kaca yang dikunci Pusat Pawagam October di Moscow. Syarat eksperimen ini adalah peserta tidak boleh meninggalkan kiub itu, kecuali untuk pergi ke tandas sehingga berakhirnya episod Game of Thrones, yang mana akan mengambil masa seminggu berdasarkan anggaran penganjur. Andrei Akimov hanya dibenarkan berehat untuk makan dan tidur. Dia perlur menonton satu musim setiap hari, yang mengambil masa kira-kira 10 jam. Sepanjang tempoh itu, dia akan menerima kunjungan 'tetamu undangan' yang akan mengadakan perbualan mengenai siri popular itu. Program yang bermula 3 April lalu dijangka berakhir pada 9 April, sekiranya Andrei masih mampu bertahan. - odditycentral