suria

Wanita disahkan tidak boleh mengandung, rezeki 'datang bergolek'dapat bayi perempuan

Smith mendukung Gisele yang kini berusia dua tahun.

SEORANG bayi perempuan yang dilahirkan tidak cukup bulan kini sudah mempunyai ‘ibu’ sendiri selepas ditinggal di hospital keseorangan.

Gisele, dilahirkan ketika usia kandungan 29 minggu dirawat di hospital apabila mengalami masalah kesihatan.

Ia bermula apabila kedua-dua ibu bapa bayi malang itu hilang hak penjagaan sejak Jun tahun lalu.

Semenjak dirawat di hospital, bayi malang dijaga kakitangan hospital ketika usianya tiga bulan.

Secara kebetulan Liz Smith,45, yang merupakan pengarah kanan sebuah pusat penjagaan turut berada di hospital berikutan masalah kesihatan yang menyebabkan dia tidak boleh melahirkan anak.

Pada hari yang sama, seorang jururawat yang menjaga bayi itu bertanya sama ada dia pernah bertemu dengan bayi itu.

“Saya cakap, ‘tidak, kenapa?’ ‘Dia perlukan rumah jagaan dan anda berdua adalah pasangan yang sempurna’," ujarnya kepada CNN.

Menurut Smith, ketika diberitahu perkara itu dia terlalu emosi.

“Apabila saya menerima panggilan telefon mengatakan hak penjagaan kedua ibu bapa bayi itu dibatalkan, saya bayangkan ia mungkin hari saya.

“Ada hari saya yang terlalu kecewa. Dan ia menggembirakan. Saya kesiankan mereka (ibu bapa Gisele).

“Saya membesarkannya dan mereka hilang dia," ujarnya.

Smith secara rasminya menjadi penjaga Gisele yang sah dan kini bayi itu sudah mencecah usia dua tahun. – metro.co.uk

bayi, anak angkat

Artikel Lain