suria

Isteri ke mahkamah minta cerai ketika berbulan madu, anggap suaminya 'murahan'

Wanita ini juga sanggup mengetepikan semua haknya dalam usaha menuntut perceraian.

SEORANG wanita yang baru berkahwin bertindak memfailkan cerai kerana tidak puas hati dengan sikap suaminya.

Al Bayan melaporkan, wanita Arab berkenaan telah memfailkan kes di mahkamah Abu Dhabi, menuntut perceraian daripada suaminya dari Iran semasa berbulan madu, menuduh lelaki itu sebagai 'murahan'.

Wanita itu mendakwa suaminya meminta dia membayar semua bil, termasuk bil elektrik dan air, serta membayar barangan keperluan rumah yang dibeli.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami maki pengantin perempuan sebab tersadung, bercerai selepas tiga minit berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Suami keluar melepak sampai lupa burger yang dipesan, balik rumah isteri minta cerai

"Dia tidak membelanjakan sesen pun untuk perkahwinan ini," katanya kepada mahkamah.

Wanita itu menawarkan untuk mengetepikan semua haknya dalam usaha menuntut perceraian.

Selain itu, lelaki yang berusia 13 tahun lebih muda dari isterinya itu juga didakwa meminta semua bil didaftarkan di bawah nama wanita itu dengan alasan semua dokumen peribadinya telah hilang.

Lelaki itu didakwa meminta isterinya mengendalikan semua pendaftaran untuk perkhidmatan, sementara dia memproses dokumen peribadinya, kata peguam wanita tersebut.

Wanita itu mendakwa telah membeli semua perabot di rumah mereka tetapi lelaki itu tetap mengabaikannya yang menambah kesulitan dalam perkahwinan. -KhaleejTimes

cerai, murahan

Artikel Lain