SEBUAH perkahwinan di China tidak berjalan lancar seperti yang dirancang selepas bekas kekasih pengantin lelaki menyerbu majlis tersebut sambil memakai gaun pengantin. Wanita berkenaan merayu kepada pengantin lelaki itu supaya kembali ke pangkuannya. Menurut laman berita China, Sina, bekas kekasih yang terdesak itu tiba-tiba muncul ketika pengantin lelaki mahu mencium pengantin perempuan. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita saman bekas kekasih kerana saiz zakar, mahu buat pembedahan ARTIKEL BERKAITAN: Dulu menipu, kini merayu... gadis kenakan caj kepada bekas kekasih yang mahu bercakap dengannya ARTIKEL BERKAITAN: Diserang bekas kekasih, ibu terharu anak perempuan berani melawan, kongsi gambar selepas serangan Dalam video 30 saat yang tular, tetamu tidak diundang berkenaan bertindak menarik pengantin lelaki daripada pengantin perempuan sambil merayu supaya dirinya dimaafkan. Pengantin wanita yang marah terus meninggalkan 'drama' yang memalukan itu manakala pengantin lelaki mengejarnya. Bekas kekasih pengantin lelaki muncul tanpa diundang. Pengacara majlis pula jelas terkejut dengan kejadian tersebut, memberitahu orang ramai bahawa 'kita berdepan situasi yang tidak dijangka di sini' sebelum menambah 'mungkin ini adalah realiti cinta'. Dia kemudian memetik peribahasa Cina yang terkenal: "Jika anda bertanya kehidupan apa itu cinta, ia adalah mengabdikan hidup anda kepada orang lain." Menurut Daily Mail, pengguna di laman media sosial Cina, Weibo, mengecam tindakan itu dan menyatakan sokongan mereka kepada pengantin perempuan. "Jangan musnahkan hubungan orang lain untuk memuaskan obsesi anda sendiri," komen seorang pengguna. Sementara seorang lagi berkata: "Inilah sebabnya kenapa anda tak boleh berkawan dengan bekas kekasih". Pengguna ketiga menulis 'sangat tidak sesuai'. "Dari sudut pendirian pengantin perempuan, bagaimanakah perkahwinan itu dapat diteruskan?" -Newshub