SEORANG gadis meninggal dunia akibat terkena renjatan eletrik. Kejadian itu berpunca daripada tindakannya yang menggunakan telefon bimbit di dalam tab mandi. Anastasia, 20, dari Rusia ditemui dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri oleh ibunya, Oksana. "Saya nampak dia terbaring dalam tab mandi kosong. "Sebelah tangannya memegang telefon bimbit yang dicaj pada soket. "Saya ingat dia masih bernafas tapi rupanya tidak sedarkan diri. Saya hubungi ambulans. "Paramedik datang dengan cepat, namun apa yang mampu dilakukan hanyalah membuat pendaftaran kematian anak saya," ujar wanita berusia 48 tahun itu. Kes Anastasia merupakan yang kelima seumpamanya di negara itu sejak setahun yang lalu. Awal minggu ini, Yulia Vysotskaya, 14, meninggal dunia apabila telefon bimbitnya terjatuh dalam bilik mandi. - Daily Star.