suria

Puteri Diana 'baharu' diumumkan... siapa dia Emma Corrin?

Pelakon baharu Emma Corrin diumumkan memegang watak sebagai Puteri Diana.

KISAH percintaan Puteri Diana dan Putera Charles bakal dipaparkan dalam siri keempat The Crown menerusi platform penstriman Netflix.

Sudah menamatkan penggambaran, ia dijangka ditayangkan Julai ini.

Namun, ramai yang ternanti-nanti gerangan pelakon manakah yang memegang watak sebagai puteri kesayangan itu?

Menerusi kenyataan di laman Twitter, pelakon baharu Emma Corrin diumumkan memegang watak ikonik itu.

Emma turut membuat komen sejurus pengumuman itu.

"Saya rasa saya sudah terikat dengan siaran ini dan menyertai pasukan hebat ini, sesuatu yang sukar dipercayai.

"Puteri Diana merupakan ikon yang memberi kesan dan inspirasi kepada dunia," katanya.

Sebelum ini Emma pernah muncul dalam drama Grantchester.

Dia juga bakal tampil dalam filem Misbehaviour tidak lama lagi.

Peter Morgan yang banyak menghasilkan siri popular Netflix berkata, siri itu akan memaparkan detik awal percintaan ibu bapa Putera William dan Putera Harry.

Selain Emma, pelakon Josh O'Connor akan membawa watak sebagai Putera Charles. - Daily Mail.

Emma Corrin, Puteri Diana, Netflix

Artikel Lain