suria

Percutian ahli perniagaan di hotel '4 bintang' terbantut, wayar berselerak, dinding pecah

Parker bersama anak perempuannya tertipu dengan gred hotel yang ditempah.

SEORANG pelancong menginap di sebuah hotel '4 bintang' hanya untuk dua jam sahaja selepas mendapati penginapan itu terlalu kotor dan berbahaya.

Ahli perniagaan, Lee Parker tiba di sebuah hotel yang didaftar sebagai mewah di Tenerife bersama dengan anak perempuannya, namun percutian mereka terbantut.

Parker, 39, dari Beccles, Suffolk mengadu keadaan bilik hotel itu kepada ejen pelancongannya yang mengakui tersilap menempah gred hotel.

Namun, timbul satu lagi masalah kepada Parker apabila terpaksa membayar caj tambahan sebanyak 1,200 pound (RM 6,426).

Tiada pilihan lain, dia membayar caj itu dan akan meminta pampasan daripada ejen pelancongannya.

Parker mengharapkan hotel 4 bintang dengan pemandangan pantai dan kemeriahan di waktu malam ketika tripnya ke Tenerife ini, namun sebaliknya berlaku.

Dia mengadu perkara tersebut di Facebooknya: "Kami mendapat bilik yang ditempah dan ia sangat menakutkan. Tidak mungkin di dunia ini kami berada di hotel 4 bintang itu, malah bukan juga 3 bintang!.

"Keadaan bilik amat berbahaya dengan dawai elektrik berselerak, tandas kotor, dinding pecah, makanan amat meloyakan dan keseluruhannya bilik sangat kotor." -mirror.co.uk

Hotel kotor, bahaya

Artikel Lain