suria

Rambut tercabut direntap dua wanita, mangsa hanya mampu menangis kesakitan

Szebesta menunjuk bahagian kepalanya yang botak akibat ditarik dua penyerang wanita.

SEORANG wanita terpaksa menahan kesakitan gara-gara rambutnya direntap dalam satu insiden gaduh di Cambridgeshire bulan lalu.

Satu rakaman video berdurasi 39 saat menunjukkan seorang gadis terbaring di tepi jalan sambil dilindungi seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya selepas diserang dua wanita.

Emily Szebesta kelihatan menangis sambil memegang segumpal rambutnya.

Teman lelakinya, Chas Tinworth memuat naik video insiden itu dengan kapseyn: "Tolong bantu saya untuk mencari penyerang teman wanita saya."

Szebesta bersama teman lelakinya, Tinworth.

Dua wanita yang berada dekat dengan Szebesta kelihatan menjerit, dan salah seorang daripada mereka turut menyepak mangsa ketika dia terbaring di lantai.

Menurut polis Cambridgeshire, pihaknya menyiasat insiden tersebut.

"Kami menerima panggilan telefon pukul 12.34 pagi Ahad, 17 April yang melaporkan seorang wanita telah diserang di High Street pada Mac lalu oleh sekumpulan wanita lain.

"Mangsa dalam lingkungan umur 20-an itu tidak cedera tetapi staf ambulan berada di situ untuk memberi rawatan. Siasatan masih dijalankan." - Dailymail.co.uk

Gaduh, wanita, tarik rambut

Artikel Lain