SEKUMPULAN lelaki menarik perhatian ramai apabila dengan selamba berbaring atas tilam yang diletakkan di kawasan lintasan Shibuya di Tokyo. Gelagat mereka kemudiannya dimuat naik menerusi YouTube dan Twitter yang sekali gus menyebabkan ia tular. Video yang dimuat naik pada 28 Mac menerusi akaun Twitter @joeANDdream menunjukkan seorang lelaki berbaring atas tilam yang diusung empat lelaki. Sebaik lampu isyarat bertukar merah, mereka segera mengusung tilam itu dan meletakkannya di tengah lintasan yang sibuk itu. Pejalan kaki dilihat merakam gambar dan video gelagat kumpulan itu. Hanya beberapa saat sebelum lampu isyarat bertukar hijau, empat lelaki itu segera mengangkat tilam itu dan berlari melintasi laluan itu. Bagaimanapun, tindakan kumpulan lima lelaki ini menyebabkan mereka berdepan tindakan undang-undang kerana melanggar peraturan lalu lintas. Setiap hari ketika waktu puncak, lintasan Shibuya digunakan lebih 3,000 orang. -JapanToday