suria

Lelaki durjana rogol anjing kerana marah teman wanita tak pulang ke rumah

Ujian DNA pada anjing turut menemui bukti yang membawa kepada penahanan tertuduh.

SEORANG lelaki dipenjara selama 60 hari akibat melakukan serangan seksual ke atas anjing peliharaan teman wanitanya sehingga mati.

Fidel Lopez, 52, mengaku melakukan perbuatan itu di atas katil kekasihnya gara-gara berang wanita itu enggan pulang ke rumah.

Kejadian itu berlaku di Oregon, Amerika Syarikat (AS) pada November tahun lalu.

Malah, dia juga mengakui berang kerana wanita itu tidak menjawab panggilan telefon miliknya.

Sejurus pulang ke kediaman itu, pemilik anjing itu mendapati haiwan peliharaannya berada di bawah sofa.

Lebih mengejutkan, anjing yang dinamakan Estrela itu ditemui dalam keadaan berdarah.

Ia dibawa ke klinik haiwan sebelum terpaksa dimatikan oleh pasukan perubatan.

Ujian DNA pada anjing turut menemui bukti yang membawa kepada penahanan Lopez.

Setelah dihadapkan ke muka pengadilan, Lopez mengaku atas dua kesalahan iaitu menyeksa haiwan dan melakukan serangan seksual ke atas haiwan.

Malah, Lopez juga diharamkan membela haiwan selama 15 tahun dan perlu menjalani pemeriksaan mental.

Dia juga perlu membayar AS$500 (RM2,048) sebagai ganti rugi kepada teman wanitanya. - Daily Star.

Fidel Lopez, rogol, anjing

Artikel Lain