SEORANG pengantin wanita menuntut bayaran ganti rugi daripada salah seorang pengapit majlis perkahwinannya. Ujar wanita itu, pengapit berkenaan yang berbadan dua sewaktu acara bersejarah miliknya berlangsung menyebabkan dia tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada tetamu. Menerusi perkongsian di Reddit, wanita itu berkata dia menuntut bayaran sebanyak AS$30,000 (RM123,435). ARTIKEL BERKAITAN: Jurugambar hilang sabar tegur bridesmaid 'lebih sudu dari kuah', ganggu kelancaran majlis ARTIKEL BERKAITAN: Sukar cari baju untuk majlis kahwin, pengantin minta 'bridesmaid' gugurkan kandungan Selain itu, pengantin turut berang dengan penampilan serta rupa paras pasangan kepada pengapit berkenaan. Ujarnya, suami pengapit itu begitu tinggi dan menarik sehingga dia dan suaminya seolah-olah tidak dipedulikan. "Dia memiliki personaliti ceria dan menarik semua orang ke arahnya. Suami dia juga begitu menarik sehingga perhatian teralih kepada mereka. "Semua orang bercakap pasal kandungan dia dan suaminya yang kacak," dakwa pengantin itu. Dalam pada itu, rata-rata pelayar Reddit menyifatkan pengantin berkenaan sebagai 'kaki drama' dan dia tidak sepatutnya marah kepada pengapitnya. - Honey.Nine.