suria

Belum kahwin dah pandai tipu, wanita putuskan pertunangan kerana kekasih beri cincin berlian palsu

Cincin tunang adalah satu simbol cinta dan ia begitu penting untuk wanita. -fotoGetty

CINCIN untuk pertunangan adalah adalah sesuatu yang amat penting dan bermakna bagi seorang wanita.

Jadi, tidak hairanlah apabila seorang lelaki melamar kekasihnya dengan cincin yang tidak bertatahkan permata asli, pasangannya sangat kecewa.

Sebelum lamaran dibuat, wanita itu telah memberitahu teman lelakinya tentang cincin yang dimahukannya tetapi lelaki itu tidak menunaikan apa yang diminta.

Semuanya terbongkar apabila wanita berkenaan mahu menginsuranskan cincin tunangnya dan dia diberitahu bahawa ia adalah zirkonium padu, berlian tiruan.

Dia amat kecewa kerana tunangnya berbohong kepadanya dan berpura-pura di depannya kononnya cincin itu adalah berlian asli.

Bercakap kepada kolumnis nasihat Natalie Bencivenga, wanita itu meluahkan bahawa dirinya berasa tertipu dan mahu mengakhiri hubungan mereka.

Jelasnya, ia bukanlah kerana berlian itu semata-mata, tetapi lebih memikirkan tentang perangai tunangnya yang menipunya dan menyuruh dirinya menunjukkan cincin itu kepada rakan-rakannya yang 'tak akan tahu' bahawa ia palsu. Dia benar-benar malu.

Berbohong kepada pasangan sebelum berkahwin dapat menggambarkan keperibadian seseorang. -fotoGetty

Bakal pengantin perempuan itu yang tidak didedahkan identitinya menulis: "Tunang saya telah mengejutkan saya dengan cincin itu dan saya macam tak percaya dia sanggup buat begitu. Apabila saya tanya sendiri dengannya, dia hanya mengangkat bahu, menyatakan bahawa cincin berlian asli tak ada bezanya dengan cincin yang diberikan.

"Dia berkata cincin itu nampak macam asli dan kawan-kawan saya tak akan tahu. Tapi saya tak fikir dia faham kenapa saya kecewa.

"Saya kecewa kerana saya rasa tertipu. Saya bersedia untuk memutuskan pertunangan saya."

Bencivenga menasihati kaum wanita bahawa pembohongan bukanlah sesuatu yang baik untuk memulakan sebuah pertunangan.

"Orang mungkin akan mengecam anda berfikiran sempit dan materialistik tetapi apa yang lebih penting adalah simbol cinta dapat dilihat melalui cincin," tulis Bencivenga.

"Ia adalah satu simbol cinta dan komitmen anda antara satu sama lain. Saya tak mahu memulakan hidup dengan seseorang yang tergamak berbohong kepada saya untuk memudahkan diri sendiri.

"Apa lagi yang dia boleh tipu kepada kamu?" katanya.

Beberapa pengikut kolum berpandangan nasihat itu agak kasar dan bakal pengantin perempuan tidak seharusnya terlalu mementingkan cincin pertunangan kerana perkahwinan itu adalah lebih besar dari sebentuk cincin.

Ada juga berpandangan cara lelaki itu menunjukkan dia tidak prihatin terhadap perasaan tunangnya. -MetroUK

cincin, tunang, berlian, putus, palsu

Artikel Lain