suria

Nahas Everest: Pesawat rempuh helikopter, 3 maut

Keadaan pesawat berkenaan yang bertembung dengan sebuah helikopter.

MALANG tidak berbau, begitulah gambaran kejadian melibatkan pertembungan antara sebuah kapal terbang dengan helikopter berhampiran Gunung Everest.

Menerusi kejadian pada Isnin pagi, pesawat Simrik Air baru sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Tenzing-Hillary di Lukla sebelum bertembung dengan helikopter Menang Air.

Juruterbang pesawat antara tiga yang cedera.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Ethiopian Airlines terhempas guna model sama dalam nahas Lion Air
ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Lion Air terhempas 13 minit sejurus berlepas dari Jakarta

Jurucakap polis, Uttam Raj Subedi memaklumkan juruterbang kedua dan seorang anggota polis meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi anggota polis meninggal dunia sewaktu dibawa ke hospital di Kathmandu.

Ujarnya, polis terlibat merupakan pegawai yang ditugaskan untuk mengelola pelancong di kawasan itu.

Empat lagi penumpang pesawat itu tidak mengalami kecederaan.

Untuk rekod, Lapangan Terbang Tenzing-Hillary sebelum ini diberi jolokan antara lapangan terbang paling bahaya di dunia kerana landasannya yang pendek. - Daily Star.

Artikel Lain