suria

'Embassy cat' selamat!

Kucing peliharaan Assange sentiasa menjadi perhatian di Kedutaan Ecuador.

KUCING peliharaan pengasas WikiLeaks Julaian Assange,47, berada dalam selamat selepas tuannya itu ditahan pihak berkuasa England.

Kucing yang dikenali ‘embassy cat’ itu menjadi perhatian sepanjang tinggal bersama Assange di Kedutaan Ecuador sejak 2016 selepas dihadiahkan oleh anaknya.

Sejak tinggal di situ, kucing tersebut menjadi perhatian apabila selalu bersantai di tingkap kedutaan itu dengan memakai tali leher dan kolar.

Namun nasibnya menjadi tanda tanya pengguna Twitter selepas Assange ditahan pihak berkuasa 11 April lalu.

Namun pada Ahad, pihak WikiLeads mengesahkan kucing tersebut dalam jagaan yang baik dan selamat selepas Assange meminta peguamnya untuk menyelamatkan haiwan itu.

Assange ditahan kerana didakwa menggodam sistem komputer Amerika Syarikat. - metro.co.uk

Embassy cat, Julian Assange

Artikel Lain