suria

Padah curi wang ibu, kaki judi rugi lebih RM100,000 ditipu dalam internet

Lelaki itu mencuri wang ibunya sebelum dia ditipu sebuah laman web judi.

JANGANLAH kita membuat kejahatan kepada ibu sendiri, kelak buruk padahnya.

Begitulah yang berlaku terhadap seorang kaki judi yang mencuri wang milik ibunya.

Dia akhirnya kerugian £20,000 (RM107,678) akibat ditipu sebuah laman web judi dalam talian.

Lelaki itu menghabiskan wang berkenaan di laman permainan LeoVegas selepas menerima mesej untuk terus melakukan pertaruhan.

Malah, akaun miliknya di laman itu turut dikunci pada Mei 2018.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Perjudian kini dalam siasatan berhubung perkara itu jika ia melanggar syarat lesen operasi di United Kingdom (UK).

"Kami peka dengan operasi mengenai peraturan yang perlu dipatuhi.

"Mereka harus patuhi untuk melindungi pelanggan. Kami akan siasat," ujar jurucakap suruhanjaya itu. - Daily Mail.

kaki judi, curi, leovegas

Artikel Lain