suria

30 tahun tak ada baju baru, makan mi segera, pekerja pembersihan berkorban demi kanak-kanak miskin

Walaupun pendapatan Zhao sebagai pekerja pembersihan mampu menjalani kehidupan yang selesa, tetapi dia turut prihatin nasib kanak-kanak miskin.

SEORANG pekerja pembersihan berusia 58 tahun di China diangkat sebagai hero selepas dilaporkan menyumbang lebih 180,000 yuan atau AS$27,000 (RM111,618) kepada anak-anak miskin sejak 30 tahun lalu.

Dia masih bermurah hati meskipun pendapatan bulanannya hanya 2,000 yuan atau AS$300 (1,240).

Zhao yang merupakan seorang pekerja pembersihan jalanan dari Shenyang di wilayah Liaonin, China menjalani kehidupan dengan berjimat-cermat.

Kebanyakan makanannya merupakan mi yang dimasak segera.

Dia tidak membeli baju baharu dalam tempoh 30 tahun, manakala dia dan keluarganya tinggal di rumah yang amat sederhana.

Dengan pendapatan bulanannya itu, dia sebenarnya mampu mempunyai kehidupan yang lebih selesa.

Disebabkan sikapnya yang suka merendah diri, Zhao lebih memahami mengenai kemiskinan. 

Sejak tiga dekad lalu, dia menghabiskan kehidupannya membantu kanak-kanak miskin, termasuk menjaga keluarganya sendiri. - odditycentral

Artikel Lain