SEORANG bayi comel yang dilahirkan mempunyai rambut lebat disangka anak patung. Jemma Bellingham, 27, melahirkan Vienna tiga bulan lalu dan rambut anaknya sudah panjang sehingga perlu dipotong buat pertama kali. Menurut Jemma, bidan dan jururawat terkejut semasa dia terlantar di hospital selepas melahirkan anaknya. "Semua ingat dia seperti anak patung atau sesuatu," kata ibu itu kepada Plymouth Live. Jemma yang juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tujuh tahun berkata: "Dia (Vienna) sangat comel dan 'rambutnya di planet lain'. "Dia mempunyai banyak rambut semasa dilahirkan. "Setiap jururawat terkejut dan beritahu mereka tidak pernah rambut sebanyak itu pada bayi yang baru lahir," ujarnya. - Mirror UK