suria

Kajian buktikan monyet jadi lebih bijak selepas disuntik gen manusia

Kajian itu diterbitkan pada 27 Mac lalu.

SEKUMPULAN saintis di China menyuntik gen manusia ke dalam otak monyet dalam satu eksperimen yang pertama kali dijalankan baru-baru ini sekaligus menjadikan mereka lebih bijak.

Penyelidik di Institut Zoologi Kunming di China menanam gen MCPH1, iaitu gen yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak manusia.

Enam monyet berkenaan mati, manakala lima lagi hidup dan menunjukkan peningkatan dalam ujian memori yang dilakukan.

Malah, masa yang diambil untuk memberi reaksi adalah lebih cepat berbanding monyet yang tidak disuntik gen berkenaan.

"Ini adalah percubaan pertama untuk memahami evolusi kognisi manusia menggunakan model monyet transgenik," ujar pakar genetik, Bing Su.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal National Science Review pada 27 Mac lalu.

Ia bagaimanapun menerima kecaman daripada sebilangan saintis lain yang menyifatkan ia sebagai tidak beretika. - Mirror.

monyet, eksperimen, saintis

Artikel Lain