suria

Didakwa gugat keamanan moral dan sosial, Iraq mungkin haramkan PUBG, Fortnite

Seorang ahli parlimen mendakwa PUBG dan Fortnite menggalakkan keganasan dalam kalangan orang muda. FOTO: Hindustan Times

IRAQ mungkin menjadi negara seterusnya yang mahu mengharamkan permainan PlayerUnkown’s Battlegrounds (PUBG) dan Fortnite.

Penggubal undang-undang negara itu menyifatkan permainan itu menggalakkan keganasan di Iraq.

Malah, seorang ahli parlimen berkata, permainan berkenaan menggugat keamanan moral dan sosial.

"Jawatankuasa Budaya, Informasi, Pelancongan dan Arkeologi memandang serius fenomena permainan eletronik.

"Ia menyebabkan keganasan dalam kalangan kanak-kanak dan orang muda," kata ahli parlimen, Sami'a Ghulan pada Sabtu lalu.

Malah, dia menyokong usulnya dengan mendakwa PUBG dan Fortnite menjejaskan sosial, psikologi dan tahap pendidikan mereka yang bermain permainan itu.

November lalu, seorang pemuda secara tidak sengaja membunuh rakannya dengan pistol di wilayah Erbil sewaktu cuba meniru aksi dalam PUBG. - Indipendent.

Iraq, PUBG, Fortnite

Artikel Lain